Kelebihan Utama
- Ruang nampak lebih luas dan terang
- Boleh dipasang sendiri
- Beberapa pilihan saiz

Tiada pilihan sepadan. Cuba nama warna, ukuran atau SKU lain.
Alatan dan bahan dalam panduan pemasangan produk ini. Pilih mengikut keperluan projek anda.
VIDEO DARIPADA PELANGGAN
GAMBAR DARIPADA PELANGGAN
Semak kesesuaian, ukuran dan cara pemasangan untuk projek anda.
Pilih cawangan untuk semak stok SKU sebelum menambah kuantiti.
Pesanan di halaman ini menggunakan pickup. Semak lokasi cawangan untuk merancang pengambilan.
Lihat lokasi cawangan →Kurang pasti tentang warna, ukuran atau aksesori? Tanya pasukan Valoobuy sebelum membuat pilihan.
Tanya melalui WhatsApp ↗Padankan SKU dalam senarai ini dengan variasi yang anda masukkan ke troli.
| SKU | Variasi | Ukuran dalam rekod |
|---|---|---|
| 903803 | 298 Square Large Cermin Bead | T5 x W255 x L255 (mm) |
| 903801 | 298 Square Small Cermin Bead Diamond Mirror | T5 x W60 x L60 (mm) |
| 903802 | 298 Triangle Cermin Bead | T5 x W120 x L298 (mm) |
Gambar ruang menunjukkan idea penggunaan. Rujuk gambar dan ukuran SKU untuk pilihan sebenar; perabot serta dekorasi dalam gambar bukan semestinya termasuk dalam pembelian.
Diamond Mirror ialah kepingan cermin kaca hiasan bertepi serong (bevel) yang disusun menjadi dinding cermin. Ia datang dalam bentuk petak dan segi tiga, dan boleh digabungkan untuk corak diamond. Dinding cermin membuatkan ruang nampak lebih luas dan lebih terang.
Penting: gam Vcon lambat kering. Diamond tape dan masking tape menahan cermin daripada jatuh sementara itu. Kendalikan dengan cermat: ini cermin kaca dan boleh pecah jika tertekan di hujung atau terjatuh.
Cermin 1 kaki: apabila dipasang, setiap keping meliputi kira-kira 1.05 kaki.
Bundarkan kedua-duanya ke atas, kemudian darab.
Contoh: dinding 6 kaki × 9 kaki. 6 ÷ 1.05 = 5.71 → 6 cermin sebaris. 9 ÷ 1.05 = 8.57 → 9 baris. Jumlah 6 × 9 = 54 keping.
Ini juga bermakna susunan "3 kaki × 5 kaki" sebenarnya berukuran 3.15 kaki × 5.25 kaki. Semak ruang anda mengikut ukuran sebenar ini.
Cermin 1.5 kaki: formula yang sama, dibahagi 1.5.
Segi tiga: kira petak dahulu. Segi tiga mengisi bahagian tepi untuk corak diamond; anggaran kasar ialah 4 segi tiga bagi setiap 6 hingga 9 keping petak.
Adakah ini kaca?
Ya, ia cermin kaca bertepi serong (bevel).
Mudah pecah?
Ya, seperti kaca lain. Kendalikan dengan cermat.
Boleh dipasang di atas jubin?
Boleh. Gam bersama diamond tape memberi lekatan yang kuat.
Boleh dibersihkan dengan air?
Boleh.
Berat?
Setiap keping ringan dan boleh dipasang sendiri.
| Masalah | Punca | Penyelesaian |
| Cermin senget | Tanda tidak tepat | Guna water level sebelum mula |
| Cermin jatuh selepas 1 hingga 2 jam | Diamond tape tidak cukup, dinding berhabuk atau tiada masking tape | Lap dinding, guna diamond tape di setiap penjuru dan tahan dengan masking tape |
| Celah kecil antara cermin | Dinding tidak rata | Tambah gam untuk meratakan |
| Cermin sumbing | Tertekan kuat di hujung atau terjatuh | Kendalikan dengan cermat; ini bukan kaca tebal |
Stok berbeza ikut cawangan. Pilih cawangan paling dekat dengan anda; anda ambil pesanan di sana.
Harga Valoobuy Member diaktifkan semasa checkout selepas nombor telefon disahkan.