01 · KENALI PRODUK
Panel berjalur yang anda pasang sendiri.
Fluted Wall 17mm ialah panel hiasan dinding berjalur daripada WPC. WPC ialah campuran kayu dan plastik yang padu. Jalur menegaknya membuatkan dinding TV, ruang tamu atau bilik tidur nampak lebih tinggi dan kemas. Ia boleh dilekat dengan gam pada dinding yang sesuai.
- Bahan
- WPC
- Tebal
- 17mm
- Lebar
- 153mm
- Panjang
- 2900mm
- Jalur sekeping
- 4
- Warna
- 8 pilihan

Kelebihan utama
- Ruang terus nampak moden dan kemas
- Ringan dan mudah dipasang sendiri
- Boleh dipotong sendiri dengan mitre box & saw
- Tahan lama apabila dipasang di dalam rumah
- Banyak pilihan warna dan corak
Sesuai untuk
- Dinding belakang TV dan feature wall
- Ruang tamu, bilik tidur, laluan dan tangga
- Dapur, di bahagian kering sahaja
- Kabinet dapur dan island
- Kawasan luar yang berbumbung
Tidak sesuai untuk
- Bilik air dan kawasan basah
- Kawasan luar yang terkena hujan atau tidak berbumbung
- Dinding yang lembap atau bocor
Untuk kegunaan dalam rumah dan kawasan kering. Untuk dinding luar, lihat Outdoor Fluted Wall.
Beza WPC dengan fluted PS
| Ciri | WPC | PS |
| Bahan | Campuran kayu dan plastik | Plastik polystyrene |
| Ketebalan | 15mm, 17mm, 24mm, 25mm | 9mm hingga 11mm |
| Lebar sekeping | Kira-kira 150mm hingga 160mm | Kira-kira 120mm hingga 150mm |
| Berat | Lebih berat dan padu | Ringan |
| Kelebihan | Rupa lebih premium, kukuh dan tahan lama | Banyak pilihan corak |
| Perlu diingat | Tidak sesuai terkena air | Lebih rapuh; kendalikan dengan cermat |
Saiz tepat setiap pilihan ditunjukkan pada senarai variasi di atas.
02 · CARA PASANG
Pasang sendiri dalam 3 langkah.
Ukur, potong, lekat. Hanya beberapa alatan asas diperlukan:
Pita ukur
Metre Box & Saw
Gam Vcon VC-101
Caulking gun
-
1Ukur
Ukur tinggi dinding dan tandakan pada panel.
-
2Potong
Potong ikut tanda dengan gergaji tangan.
-
3Lekat
Sapu gam di belakang panel dan tekan ke dinding.
Tip untuk hasil yang kemas
- Pastikan dinding kering, rata dan bebas habuk. Cat yang mengelupas perlu dibaiki dahulu.
- Cuba panel pada dinding tanpa gam dahulu. Ambil kira skirting, tepi siling dan soket.
- Panel pertama jadi panduan: semak tegaknya sebelum gam mengeras.
- Tahan panel dengan masking tape atau nano tape sementara gam mengeras.
- Pasang L profile pada tepi yang terdedah untuk kemasan.
Foto menunjukkan contoh pemasangan. Bentuk muka dan belakang panel berbeza mengikut SKU.
03 · BERAPA KEPING
Kira ikut lebar dinding.
Semak panjang panel berbanding tinggi dinding. Bilangan keping dikira mengikut lebar liputan panel yang anda pilih; saiz dan corak boleh berbeza antara SKU.
Bundarkan ke atas. Untuk contoh dinding 3000mm: 20 keping, bergantung pada pilihan. Ambil kira pertindihan sambungan dan tambah lebihan potongan yang sesuai.
Gam: penggunaan bergantung pada saiz panel, sapuan dan keadaan dinding. Ikut arahan pada kartrij.
Dinding lebih tinggi daripada panel?
Satu keping setinggi kira-kira 9.5 kaki. Jika dinding lebih tinggi, tambah keping untuk dipotong sebagai sambungan.
- Kira keping mengikut lebar dinding dahulu, seperti di atas.
- Beza tinggi = tinggi dinding − 9.5 kaki.
- Bilangan potong daripada satu keping = 9.5 ÷ beza tinggi, bundarkan ke bawah.
- Keping tambahan = keping mengikut lebar ÷ bilangan potong, bundarkan ke atas.
Contoh WPC: dinding lebar 12 kaki, tinggi 10 kaki.
- Mengikut lebar: 12 ÷ 0.5 = 24 keping.
- Beza tinggi: 10 − 9.5 = 0.5 kaki, jadi satu keping boleh dipotong menjadi 19 potong.
- Keping tambahan: 24 ÷ 19 = 1.26 → 2 keping.
- Jumlah: 26 keping.
Sambungan boleh dibuat di atas atau di bawah. Biasanya sambungan di bawah nampak lebih kemas.
| Lebar dinding | Anggaran keping |
|---|---|
| 1200mm | 8 |
| 1800mm | 12 |
| 2400mm | 16 |
| 3000mm | 20 |
| 3600mm | 24 |
Sebelum lebihan potongan. Julat bilangan menunjukkan perbezaan saiz pilihan; semak lebar liputan pemasangan sebenar.
04 · SOALAN LAZIM
Perkara yang biasa ditanya sebelum mula.
Adakah fluted kalis air?
Tidak sepenuhnya. Ia untuk kegunaan dalam rumah.
Boleh dipasang di bilik air?
Tidak sesuai untuk kawasan basah.
Berapa gam perlu disediakan?
Satu kartrij untuk kira-kira 3 hingga 4 keping, bergantung pada cara sapuan. Kalkulator di atas mengira jumlahnya.
Perlukah papan lapis (plywood) di belakang?
Tidak wajib. Hanya jika dinding sangat tidak rata.
Adakah warna akan pudar?
Tidak, jika dipasang di dalam rumah. Elakkan cahaya matahari terus.
Apa beza WPC dan PS?
WPC lebih padu dan premium. PS lebih ringan dan lebih banyak corak.
Kenapa panel tidak melekat pada dinding bercat lama?
Cat lama yang berdebu atau mengelupas menghalang gam. Bersihkan atau gosok ringan dahulu.
Boleh dipasang di dapur?
Boleh di bahagian kering sahaja, jauh dari haba terus.
Kalau ada soket atau TV pada dinding?
Rancang kedudukan panel dan bukaan dahulu. Jangan tutup soket atau akses pendawaian. Dapatkan bantuan yang sesuai untuk mengubah soket jika anda belum biasa.
Bagaimana jika dinding lebih tinggi daripada 2.9m?
Satu keping tidak akan menutup seluruh tinggi. Tambah keping untuk dipotong sebagai sambungan, di atas atau di bawah; biasanya di bawah nampak lebih kemas. Cara kiranya ada di tab cara kira.
Masalah semasa memasang dan cara membaikinya
| Masalah | Punca | Penyelesaian |
| Panel tidak melekat atau jatuh | Gam terlalu sedikit, dinding berhabuk, atau kurang ditekan | Lap dinding, tambah gam dan tahan dengan masking tape |
| Ada celah antara panel | Dinding senget atau panel tidak sejajar | Mulakan dari tengah atau dari tepi pintu dan pastikan selari |
| Warna tidak sama | Panel daripada kelompok (batch) berbeza | Beli semua keping yang diperlukan sekali gus |
| Bunyi kosong bila diketuk | Gam terlalu jarang | Sapu gam zigzag atau titik-titik dengan lebih rapat |
| Panel retak semasa dipotong | Mata potong tidak sesuai atau tekanan terlalu kuat | Guna mata potong yang tajam dan potong perlahan |
| Panel terangkat, atau dipasang di siling | Panel berat untuk ditahan gam sahaja | Tambah sokongan seperti clip wall selain gam |
Mulakan dengan ukuran dinding anda.
Semak ukuran dan keperluan pemasangan, kemudian pilih warna.
Kira keperluan dinding saya ↑
