VALOOBUYPanduan staf
๐Ÿ  Mula๐Ÿ“ฆ Pesanan๐Ÿ“ฃ Promote
BAHAGIAN 2

Cara promote

Tiga tempat paling berkesan. Tekan Salin teks, tampal, kemudian ganti bahagian dalam [ ] dan tampal link anda.

๐Ÿ’ฌ

WhatsApp pelanggan

  • Hantar selepas pelanggan bertanya - link produk yang tepat.
  • Sertakan 1โ€“2 gambar pemasangan sebenar.
  • Follow up esoknya jika belum beli.
Salam [nama], ini link produk yang kita bincang tadi ๐Ÿ‘‡ [tampal link] Boleh pilih warna & saiz, semak stok cawangan, dan bayar online. Ambil di cawangan, atau kami hantar dengan Lalamove. Ada soalan, WhatsApp saya terus ya ๐Ÿ˜Š
โญ•

Status WhatsApp

  • 1โ€“2 status sehari: gambar/video hasil pasang (ambil dari halaman Feedback).
  • Satu produk satu status, link produk itu.
  • Waktu terbaik: tengah hari & malam (8โ€“10 mlm).
Dinding biasa jadi cantik dalam sehari โœจ Pasang sendiri pun boleh! Tengok pilihan warna & beli terus ๐Ÿ‘‡ [tampal link]
๐Ÿ“ฑ

Media sosial

  • Facebook: letak link terus dalam post.
  • Instagram / TikTok: letak link di bio, tulis "link di bio".
  • Video pendek "sebelum & selepas" paling banyak perhatian.
Ubah rupa ruang tamu tanpa renovasi besar ๐Ÿกโœจ Panel dinding Valoobuy - ringan, mudah dipotong & dipasang sendiri. ๐Ÿ›’ Beli online & ambil di cawangan, atau hantar Lalamove: [tampal link] ๐Ÿ“ 9 cawangan seluruh Malaysia

โœ… Buat

  • Sentiasa guna link anda sendiri (ikon ๐Ÿ”—) - baru jualan direkodkan.
  • Kongsi halaman produk yang tepat.
  • Balas soalan pelanggan dengan cepat.

โŒ Jangan

  • Spam group atau orang yang tidak dikenali.
  • Janji harga atau diskaun yang tiada di website.
  • Janji masa tepat Lalamove - pelanggan pilih slot masa, rider sampai dalam slot itu.

Soalan lazim

Jualan saya tak direkodkan?

Pastikan pelanggan buka link yang anda kongsi (dengan ?ref= kod anda) dan membeli dalam 30 hari pada telefon/browser yang sama. Jika pelanggan buka link staf lain selepas itu, link terakhir yang dikira.

"Akses ditolak" bila masukkan Kod Staf?

Kod mesti sama seperti dalam VHub dan akaun anda mesti aktif. Hubungi admin VHub jika kod anda betul.

Link untuk kempen atau promoter luar?

Dalam dialog link, buka "Link untuk kempen / promoter" dan taip nama rujukan (cth. Kempen Raya 2026). Jualan direkod dengan rujukan itu.

Boleh kongsi link kategori atau homepage?

Boleh - ikon ๐Ÿ”— ada di setiap halaman. Tapi link halaman produk yang tepat biasanya lebih cepat jadi jualan.

Pelanggan tanya cara terima barang?

Pickup di cawangan (percuma) - pilih hari ini (bayar sebelum 6 petang, sedia ยฑ2 jam), esok atau tarikh lain, pada pagi / petang / malam. Lalamove dari cawangan (rider pihak ketiga, bukan lori Valoobuy) - pelanggan pilih lokasi, bantuan angkat & masa (bayar sebelum 3 petang boleh sampai hari ini), staf kedai tolong tempahkan rider, dan pelanggan bayar sendiri kos Lalamove kepada rider. Courier ke alamat di Semenanjung - dipos dari Warehouse Kapar, caj ikut berat dibayar di website (hanya barang yang ada stok di Kapar).

Panduan staf Valoobuy ยท dikemaskini 20 Okt 2026