Kelebihan Utama
- Mengurangkan gema dan bunyi latar
- Bunyi lebih jelas kerana kurang pantulan
- Kemasan urat kayu yang sesuai dengan pelbagai konsep hiasan dalaman

Tiada pilihan sepadan. Cuba nama warna, ukuran atau SKU lain.
Alatan dan bahan dalam panduan pemasangan produk ini. Pilih mengikut keperluan projek anda.
Semak kesesuaian, ukuran dan cara pemasangan untuk projek anda.
Pilih cawangan untuk semak stok SKU sebelum menambah kuantiti.
Pesanan di halaman ini menggunakan pickup. Semak lokasi cawangan untuk merancang pengambilan.
Lihat lokasi cawangan →Kurang pasti tentang warna, ukuran atau aksesori? Tanya pasukan Valoobuy sebelum membuat pilihan.
Tanya melalui WhatsApp ↗Padankan SKU dalam senarai ini dengan variasi yang anda masukkan ke troli.
| SKU | Variasi | Ukuran dalam rekod |
|---|---|---|
| 902786 | AP2901 - Wood Veneer Acoustic Wall Panel | T9 x W600 x L2900 (mm) |
| 902787 | AP2902 - Wood Veneer Acoustic Wall Panel | T9 x W600 x L2900 (mm) |
| 902788 | AP2903 - Wood Veneer Wall Panel | T9 x W600 x L2900 (mm) |
Gambar ruang menunjukkan idea penggunaan. Rujuk gambar dan ukuran SKU untuk pilihan sebenar; perabot serta dekorasi dalam gambar bukan semestinya termasuk dalam pembelian.
Wood Veneer Acoustic Wall Panel ialah panel dinding yang menyerap dan menyebarkan gelombang bunyi untuk mengurangkan gema dalam sesuatu ruang, dengan kemasan urat kayu yang elegan.
Papan gentian polyester menyerap bunyi; venir kayu memberi kemasan urat kayu.
Panel ini bukan kalis air.
Sekeping selebar 2 kaki dan setinggi 9.5 kaki.
Jika tinggi dinding tidak melebihi 9.5 kaki: bilangan panel = lebar dinding (kaki) ÷ 2, dibundarkan ke atas.
Contoh: dinding 10 kaki lebar dan 9 kaki tinggi → 10 ÷ 2 = 5 panel.
Untuk dinding yang lebih tinggi, kira mengikut keluasan: keluasan dinding ÷ 1.74 meter persegi sekeping.
Apa fungsi panel ini?
Ia menyerap dan menyebarkan gelombang bunyi untuk mengurangkan gema dan bunyi latar.
Adakah ia kalis bunyi?
Tidak sepenuhnya. Fungsinya ialah penyerapan bunyi, bukan kalis bunyi.
Boleh dipasang di luar?
Tidak. Untuk kegunaan dalam bangunan sahaja.
Boleh terkena air?
Tidak digalakkan.
Masih ada gema selepas dipasang?
Hasil akustik bergantung pada keadaan ruang, bilangan panel dan kedudukan pemasangan.
| Masalah | Punca | Penyelesaian |
| Panel tidak melekat | Dinding berhabuk atau berminyak, atau gam tidak sesuai | Bersihkan dan keringkan permukaan; guna gam yang sesuai |
| Panel tertanggal | Gam tidak mencukupi | Guna gam Vcon atau gam binaan dengan sapuan yang mencukupi |
| Panel tidak lurus | Tanda awal tidak tepat | Semak ukuran dan guna spirit level |
| Jarak panel tidak sekata | Kedudukan tidak dilaras semasa memasang | Laraskan sebelum gam mengeras |
| Permukaan kotor | Habuk atau cap jari | Lap dengan lembut |
Stok berbeza ikut cawangan. Pilih cawangan paling dekat dengan anda; anda ambil pesanan di sana.
Harga Valoobuy Member diaktifkan semasa checkout selepas nombor telefon disahkan.