CARA BELI · COURIER
Beli di website, terima di alamat anda
Beli dan bayar di valoobuy.my, termasuk caj courier. Kami bungkus dan pos dari Warehouse Kapar terus ke alamat anda. Ikut langkah di bawah.
- 📍Penghantaran ke alamat di Semenanjung Malaysia sahaja.Sabah, Sarawak dan Labuan belum dibuka.
- 🏭Semua pesanan courier dipos dari Warehouse Kapar. Hanya barang yang ada stok di Kapar boleh dipos.Barang yang tidak boleh dipos dikeluarkan dari troli semasa anda pilih Courier - pilih Pickup atau Lalamove untuk barang itu.
- ⚖️Caj courier ikut berat barang, dikira automatik dan dibayar di website bersama harga barang.
- 📦Nombor tracking dihantar melalui WhatsApp selepas barang dipos. Tempoh sampai bergantung pada syarikat courier.
- 🔍Semak bungkusan semasa terima. Jika rosak atau tidak lengkap, ambil gambar dan WhatsApp kami segera.
Langkah demi langkah
Skrin sebenar di telefon. Bulatan merah ialah butang yang perlu ditekan.
-
1Pilih produk
Cari produk di website, kemudian tekan + pada warna atau saiz yang anda mahu.

-
2Pilih Courier & poskod
Kali pertama menambah ke troli, pilih Courier ke alamat anda, masukkan poskod penghantaran, kemudian tekan Teruskan dengan Courier. Stok yang dipaparkan ialah stok Warehouse Kapar.
💡 Sudah pilih Pickup sebelum ini? Tekan Tukar di troli atau di checkout untuk tukar ke Courier. Stok disemak semula untuk Warehouse Kapar.
-
3Tambah ke troli
Tambah produk lain jika perlu. Bila siap, tekan Checkout.

-
4Semak troli
Pastikan tertulis Courier dari Warehouse Kapar. Semak kuantiti, tambah gam atau alatan pemasangan jika perlu, kemudian tekan Teruskan ke Checkout.

-
5Cara membeli & butiran
Pilih Beli sebagai tetamu, atau Valoobuy Member untuk harga Member Promo. Isi nombor telefon, nama dan emel - resit dihantar ke emel ini.

-
6Isi alamat penghantaran
Di bahagian Penghantaran, isi alamat penuh, poskod dan bandar. Negeri diisi sendiri dari poskod - tukar jika tidak tepat.

-
7Semak caj courier
Caj courier dikira automatik ikut berat barang dan dipaparkan dalam Ringkasan pesanan. Jumlah yang dibayar sudah termasuk caj ini.

-
8Setuju terma & bayar
Tandakan persetujuan terma, kemudian tekan Teruskan bayaran. Anda dibawa ke Billplz untuk bayar dengan kad kredit / debit atau FPX (perbankan dalam talian).

-
9Terima emel pesanan
Selepas bayaran berjaya, anda terima emel "Pesanan disahkan" dengan nombor pesanan, alamat penghantaran dan caj courier. Simpan emel ini.
Tiada emel? Semak folder Spam / Promotions, atau WhatsApp kami dengan nama dan nombor telefon anda.
-
10Terima tracking & bungkusan
Warehouse Kapar bungkus dan pos pesanan anda, kemudian hantar nombor tracking melalui WhatsApp. Semak bungkusan semasa terima - jika rosak atau tidak lengkap, ambil gambar dan WhatsApp kami segera.
Terma & syarat Courier
Anda setuju dengan terma ini semasa checkout.
- Dipos dari Warehouse Valoobuy Kapar ke alamat di Semenanjung Malaysia. Tempoh sampai bergantung pada syarikat courier.
- Caj courier dikira ikut berat barang dan dibayar di website bersama harga barang.
- Pastikan alamat dan nombor telefon betul.
- Semak bungkusan semasa terima. Jika rosak atau tidak lengkap, ambil gambar dan hubungi kami segera.
Soalan lazim Courier
Berapa caj courier?
Caj dikira automatik ikut berat barang dalam troli anda, dan dipaparkan di checkout sebelum anda bayar. Tiada caj tersembunyi selepas itu.
Kenapa sesetengah barang tidak boleh dipos?
Courier dipos dari Warehouse Kapar sahaja. Barang yang tiada stok di Kapar, atau yang tidak sesuai untuk courier, tidak boleh dipilih. Untuk barang itu, pilih Pickup di cawangan atau Lalamove.
Boleh hantar ke Sabah atau Sarawak?
Belum lagi. Buat masa ini courier untuk alamat di Semenanjung Malaysia sahaja.
Bila saya dapat nombor tracking?
Selepas barang dipos, Warehouse Kapar hantar nombor tracking melalui WhatsApp ke nombor telefon pesanan anda.
Boleh tukar alamat selepas bayar?
WhatsApp kami secepat mungkin dengan nombor pesanan. Selepas barang dipos, alamat tidak boleh ditukar lagi.
Bungkusan sampai rosak?
Ambil gambar bungkusan dan barang, kemudian WhatsApp kami dengan nombor pesanan secepat mungkin.
Sedia untuk membeli?
Pilih produk, pilih Courier dan masukkan poskod, kemudian bayar dalam talian.
